Mufti ajak ambil vaksin tanpa ragu-ragu

Jabatan Mufti Pulau Pinang mengajak rakyat supaya mengambil vaksin Covid-19 segera tanpa ragu untuk keselamatan diri dan orang lain. (Gambar kecil: Wan Salim)
Jabatan Mufti Pulau Pinang mengajak rakyat supaya mengambil vaksin Covid-19 segera tanpa ragu untuk keselamatan diri dan orang lain. (Gambar kecil: Wan Salim)
A
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Mufti Pulau Pinang mengajak rakyat supaya mengambil vaksin Covid-19 segera tanpa ragu untuk keselamatan diri dan orang lain daripada djangkiti wabak berkenaan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Islam menuntut dan mewajibkan semua umatnya menjaga keselamatan diri.

"Pengambilan vaksin Covid-19 sesuai dengan matlamat syariah untuk memelihara kemaslahatan iaitu melindungi nyawa manusia.

"Selain itu, Islam juga mahukan umatnya mengambil kira pandangan yang diberikan oleh golongan pakar mengenai sesuatu isu kerana golongan profesional ini berkemahiran dalam bidang mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehingga Jumaat, seramai 827,135 daripada kira-kira 1.3 juta atau hampir 60 peratus penduduk Pulau Pinang telah mendaftar untuk menerima suntikan Covid-19.

Daripada jumlah itu, seramai 96,757 orang atau tujuh peratus sudah menerima suntikan vaksin.

Wan Salim berkata, pakar kesihatan mengakui vaksinasi langkah terbaik bagi membendung penularan wabak termasuklah Covid-19.

Artikel Berkaitan: