X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Laksana sidang Parlimen konvensional: Mohd Shafie

Shafie Apdal
A
A

KOTA KINABALU - Sesi sidang Parlimen konvensional perlu dilaksanakan bagi membincangkan isu Covid-19 secara menyeluruh dan bukannya mengadakan sidang Parlimen secara hibrid.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sudah tiba masanya badan legislatif itu mengadakan pertemuan kerana keadaan Covid-19 di Malaysia semakin buruk walaupun sudah diisytiharkan darurat.

"Sidang Parlimen ditangguhkan pada Januari lalu selepas pengisytiharan darurat bertujuan menangani wabak ini namun jumlah kes jangkitan masih meningkat manakala kadar vaksinasi rendah.

"Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini menjadi lebih buruk dan sekarang masanya untuk mengadakan sidang Parlimen konvensional. Ini adalah asas dan Perlembagaan untuk mengadakan sidang Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu mendakwa kerajaan gagal menguruskan Covid-19 dan banyak bergelut dengan krisis itu sehingga menimbulkan kekecewaan dan kemarahan rakyat.

"Ekonomi negara kita telah mencapai tahap di mana perniagaan terpaksa ditutup dan rakyat terpaksa meminta bantuan kerana kehilangan sumber pendapatan.

"Ahli ekonomi, penganalisis dan industri menyampaikan pendapat mengenai perkara yang Malaysia boleh lakukan bagi mengelakkan ekonomi terus menjunam.

"Adakah kerajaan memandang serius mengenainya?" soalnya.

Katanya lagi, negara jiran seperti Singapura, Britain, Australia dan banyak negara demokrasi berparlimen lain meneruskan badan legislatif mereka dan secara kolektif menangani masalah Covid-19 serta merancang memulihkan ekonomi mereka.

"Mengadakan sidang Parlimen penting dan jika kilang dibenarkan dibuka kenapa tidak kepada Parlimen sedangkan ini lebih penting.

"Hadkan kepada 220 ahli Parlimen, tidak perlu pegawai mereka hadir tambahan pula saya percaya semua ahli Parlimen sudah pun diberikan vaksin," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!