Pas dicabar saman Sarawak Report sekali lagi

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU – Pas dicabar supaya mengambil tindakan mahkamah terhadap Sarawak Report mengenai kenyataan baharu yang dikeluarkan portal berkenaan, hari ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun dakwaan Pas terima wang daripada UMNO diperkatakan sejak sekian lama, namun tiada penjelasan dibuat parti berkenaan.

"Sehinggalah Pas akhirnya mengakui rakaman audio isu parti itu terima wang daripada Umno adalah Nik Mohamad Abduh. Jika mereka yakin Sarawak Report membuat fitnah, Pas tak patut tarik balik saman dulu.

“Saya pelik sebab Pas bukan sahaja selesaikan isu ini di luar mahkamah, malah mereka tak desak Sarawak Report tarik balik artikel,” katanya,

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata demikian selepas lawatan kerja di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu yang turut dihadiri Pengarah ILP Kota Bharu, Zainudin Ahmad, hari ini.

Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, terbaharu slip kemasukan wang yang mencecah jutaan ringgit mula diperkatakan umum, namun sekali lagi pasti itu mengambil langkah berdiam diri.

Artikel Berkaitan: