Emirza dah jadi Abang Long : Muaz Kool FM

A
A

PENGACARA dan penyampai radio, Muaz Mohamed dan isteri tercinta, Ediana Aziz, selamat menimang cahaya mata lelaki di hospital ibu kota pukul 8:35 malam, Selasa lalu.

Khabar baik itu dikongsi sendiri oleh Muaz menerusi Instagram miliknya.

Selamat dilahirkan dengan seberat 3.36 kilogram (kg) secara normal, pasangan itu menamakan anak kedua lelaki mereka, Emirza Mukhriz.

"Salam semua, cinta hati saya, selamat melahirkan anak lelaki secara normal pada pukul 8.35 minit malam, Selasa 19.2.19 dengan berat 3.36kg.

"Alhamdulillah terima kasih atas segala doa, Emirza dah jadi Abang Long," ungkapnya syukur.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata pengikut Muaz di IG mengambil kesempatan mengucapkan tahniah untuk berita gembira tersebut.

Untuk rekod, pasangan Muaz dan Ediana diijabkabulkan pada Februari 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang zuriat lelaki yang kini berusia lima tahun, iaitu Emirza Mukhri.