Hukuman lebih berat kepada ‘geng antivaksin’

Gambar kecil dari kiri: Mohd Hazmi, Fareed
Gambar kecil dari kiri: Mohd Hazmi, Fareed
A
A
A

SHAH ALAM - Hukuman maksimum penjara sehingga 25 tahun dan denda RM50,000 perlu dikenakan terhadap atas golongan antivaksin di negara ini yang didapati menghasut orang ramai agar tidak menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Rusli berkata, hukuman tersebut dapat memberi kesan yang lebih mendalam kepada pesalah kerana reputasi mereka turut terjejas jika dihukum penjara.

“Setakat denda, sesiapa sahaja boleh bayar sekarang tetapi kalau penjara maksimum 25 tahun memang masa depan akan tercalar dan akan digelar sebagai banduan.

“Ia akan menjadi bentuk amaran kepada rakyat supaya berfikir sebelum bertindak atau menyebarkan sesuatu berita tanpa disemak fakta terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Hazmi menjelaskan, kerajaan boleh menggunakan kuasa tersebut untuk membuat undang-undang yang sesuai dalam tempoh darurat ketika ini.

Tegas beliau, dengan pelaksanaan tempoh ordinan darurat, keputusan tersebut sepenuhnya kepada kerajaan untuk memastikan negara dapat melaksanakan dengan segera untuk mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Kerajaan tidak perlu pergi ke Parlimen untuk memastikan dan menguatkuasakan hukuman tersebut setimpal dengan keadaan pandemik Covid-19 dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: