Premis khusus jual minuman keras di KL dilarang beroperasi

DBKL
DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Premis yang khusus menjual minuman keras di ibu kota tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh hingga 14 Jun ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan penjualan minuman keras masih dibenarkan di kedai serbaneka, pasar raya dan kedai runcit sepanjang tempoh itu.

"Menurut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), premis yang terlibat dengan penjualan makanan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam dengan konsep bawa pulang sahaja," kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini media melaporkan ada dalam kalangan kumpulan peniaga keliru sama ada penjualan arak sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dibenarkan beroperasi atau tidak.

Ia susulan arahan MKN Selasa lalu, yang menghendaki semua operasi kilang menghasilkan minuman beralkohol dihentikan sementara sepanjang tempoh itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: