X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Hospital Pantai jadi PPV hospital swasta pertama di Sungai Petani

Hospital Pantai Sungai Petani
A
A

JITRA - Hospital Pantai Sungai Petani dipilih menjadi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hospital swasta pertama di Sungai Petani yang mula beroperasi kelmarin, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan.

Bee Chan dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan sejumlah 50 penerima vaksin berumur antara 50 hingga 97 tahun merupakan kumpulan pertama menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di PPV berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jadual dan senarai penerima vaksin itu dikendalikan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.

“Kami amat gembira dapat membantu Kementerian Kesihatan untuk melancarkan proses suntikan vaksin kepada penduduk di negeri Kedah dalam usaha mencapai imuniti kelompok dan memutuskan rantaian Covid-19 daripada merebak,” katanya dalam kenyataan itu.

Bee Chan berkata, PPV itu dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan suntikan vaksin dihadkan hanya untuk 50 orang setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hospital Pantai Sungai Petani di talian 04-4428888 atau melayari laman web https://www.pantai.com.my/sungai-petani.

Katanya, masyarakat perlu memberikan kerjasama dengan mendaftar sebagai penerima vaksin sama ada melalui aplikasi MySejahtera ataupun dengan hadir ke pusat kesihatan berhampiran untuk didaftarkan.

“Kerajaan telah memperuntukkan kos yang tinggi bagi pembelian vaksin demi memastikan rakyat kekal sihat dan menjalani hidup dengan penuh keceriaan, maka saya menyeru orang ramai agar segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin samada melalui MySejahtera atau secara manual di mana-mana pusat kesihatan," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!