Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peningkatan minat terhadap dolar AS, mendapat rangsangan daripada data ekonomi AS yang menggalakkan.
Ringgit menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peningkatan minat terhadap dolar AS, mendapat rangsangan daripada data ekonomi AS yang menggalakkan.
A
A
A

RINGGIT menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peningkatan minat terhadap dolar AS, mendapat rangsangan daripada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menggalakkan, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.1275/1285 berbanding dolar AS daripada 4.1235/1250 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, pasaran akan memantau data pekerjaan dan senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat bagi mengukur dengan jelas pergerakan ringgit/dolar AS.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1076/1086 daripada 3.1154/1167 pada Khamis dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0013/0025 daripada 5.0323/0342.

Unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.7482/7494 daripada 3.7603/7620 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.8313/8327 daripada 5.8533/8559 sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: