Misteri bau busuk terjawab

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Johor Bahru berusaha membuka pintu hadapan kediaman mangsa. Foto Bomba
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Johor Bahru berusaha membuka pintu hadapan kediaman mangsa. Foto Bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU- Misteri bau busuk sejak beberapa hari lalu di sebuah rumah di Pangsapuri Taman Sri Setanggi, di sini akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas, pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai bau busuk berkenaan pada jam 8.45 pagi, sebelum anggota Unit Risikan Sempadan dan Kereta Peronda Polis dari Balai Polis Majidee dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mohd Padzli Mohd Zain
Mohd Padzli Mohd Zain

"Apabila sampai di kediaman berkenaan, kita dapati pintu hadapan rumah itu berkunci dan tidak boleh dibuka, sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

"Setelah berjaya dibuka, kita dapati mangsa yang berusia 61 tahun itu sudah tidak bergerak dan berbau. Pihak kesihatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia kira-kira empat ke lima hari yang lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa seorang bujang dan tinggal seorang diri di rumah berkenaan serta tiada sejarah sakit kronik, hanya menghidap sakit darah tinggi.

Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sultanal Aminah, di sini untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Artikel Berkaitan: