30,000 pelitup muka diagihkan

Dr Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal (dua, kiri) mendengar taklimat ringkas daripada pihak PKRC.
Dr Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal (dua, kiri) mendengar taklimat ringkas daripada pihak PKRC.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelmedic Sdn Bhd mengagihkan sebanyak 30,000 pelitup muka premium di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) serta golongan B40 di negeri ini sebagai sokongan kepada pasukan barisan hadapan mendepani penularan Covid-19,

Usaha Syarikat usahasama YAKIN dan Malvest Group itu diserahkan kepada Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi untuk diedarkan ke PKRC terbabit.

Pengerusi Kelmedic Sdn Bhd, Datuk Mohd Tajri Abu Yamin, berharap semua pihak bekerjasama menangani pandemik Covid-19.

"Harapan kami bersama dengan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dapat membantu menjaga kebajikan rakyat negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Pelitup muka berkenaan diserahkan kepada Covid-19 Transportation Unit PKRC Kota Bharu dalam satu majlis ringkas di Bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan di sini.

Ia diserahkan melalui Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi yang diwakili Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal dan Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Feissal.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Kelmedic Sdn Bhd, Azi Rahimee Mohamed yang juga Pengarah YAKIN.

Kelmedic Sdn Bhd yang merupakan pemaju Troika Golden Triangle, Kota Bharu turut menyarankan pihak swasta bersama memainkan peranan membantu mengharungi cabaran Covid-19.

Artikel Berkaitan: