Mesej tular: MBSA nafi program vaksinasi ‘walk-in’

MBSA menafikan maklumat yang tular baru-baru ini berhubung pemberian vaksin Covid-19 kepada orang awam secara ‘walk-in’ di dua dewan milik pihak berkuasa tempatan itu di Seksyen 19, Shah Alam.
MBSA menafikan maklumat yang tular baru-baru ini berhubung pemberian vaksin Covid-19 kepada orang awam secara ‘walk-in’ di dua dewan milik pihak berkuasa tempatan itu di Seksyen 19, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan maklumat yang tular baru-baru ini berhubung pemberian vaksin Covid-19 kepada orang awam secara ‘walk-in’ di dua dewan milik pihak berkuasa tempatan itu di Seksyen 19, Shah Alam.

MBSA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk menggunakan dua dewan di Seksyen 19 sebagai pusat pemberian vaksin.

“Pihak kami menafikan maklumat berkenaan pemberian vaksin kepada orang awam secara ‘walk-in’ pada setiap hari Rabu dan Khamis seperti yang tular menerusi aplikasi mudah alih WhatsApp.

“Kami tidak menerima sebarang permohonan dari JKNS untuk menggunakan Dewan Tanjung dan Dewan Teratai di Seksyen 19 sebagai pusat pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan (frontliner) atau orang awam di Selangor,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan melalui sumber rasmi atau pihak berkuasa untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya menerusi media sosial.

Artikel Berkaitan: