X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Agih 4 tan ikan kepada penduduk PKPD

JPKK sedang membungkus ikan untuk diagihkan kepada penerima.
A
A

KUALA TERENGGANU – Sebanyak empat tan ikan cencaru diagihkan kepada penduduk yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 di kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada Jumaat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, agihan melibatkan 4,000 keluarga di kawasan itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mei lalu dengan setiap mereka menerima satu kilogram ikan.

“Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen ini iaitu Ladang, Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Bandar menerima satu tan ikan untuk diagihkan kepada penduduk masing-masing.

“Bantuan ini bagi meringankan beban mereka dan jika setiap keluarga mempunyai empat orang, saya kira sumbangan sumber protein ini dapat menerima manfaat kepada 16,000 orang,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ahmad Amzad (kanan) menyerahkan ikan kepada JPKK untuk dibungkus dan diagihkan kepada penduduk.
Ahmad Amzad (kanan) menyerahkan ikan kepada JPKK untuk dibungkus dan diagihkan kepada penduduk.

Ahmad Amzad berkata, pihaknya turut mengagihkan 10,000 keping roti canai kepada penduduk dan ia dapat membantu menjana ekonomi lebih 30 peniaga roti canai sekitar Kuala Terengganu pada Khamis.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu berkata, selepas ini beliau akan mengagihkan bahan mentah lain pula seperti ayam kepada golongan memerlukan selain sumbangan 1,200 bakul makanan.

“Pada Ramadan lalu, saya sudah agihkan bakul makanan mengandungi 20 barang keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, kicap dan sos ini kepada 6,000 keluarga.

“Jadi, keutamaan sumbangan bakul makanan kali ini adalah mereka yang belum terima bantuan yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK). Seiring dengan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dan PKPD, mereka akan hantar sumbangan terus ke rumah penerima,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!