YIDE bantu keluarga, individu terjejas PKP 3.0

Bantuan Pek Prihatin yang mengandungi barang keperluan asas seperti susu, tepung, beras dan lain-lain lagi.- Gambar hiasan.
Bantuan Pek Prihatin yang mengandungi barang keperluan asas seperti susu, tepung, beras dan lain-lain lagi.- Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membuka Kaunter Prihatin di lima lokasi bertujuan untuk mengedarkan Pek Prihatin kepada individu dan keluarga yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, inisiatif itu diambil pihaknya sebagai sebuah organisasi kebajikan untuk membantu orang ramai khususnya rakyat negeri Selangor.

“Ini adalah sebahagian tanggungjawab kami sebagai organisasi berkebajikan, kami akan memberi bantuan Pek Prihatin yang mengandungi barang keperluan asas seperti susu, tepung, beras dan lain-lain lagi.

“Terdapat lima lokasi pengambilan Pek Prihatin tersebut yang akan dimaklumkan kepada penerima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk pemohon yang layak,” menurut satu kenyataan pada Khamis.

Pada masa sama, beliau turut menggalakkan orang ramai yang ingin berinfak barang keperluan asas untuk diagihkan oleh YIDE boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihaknya di talian 017-7569476

Sehubungan itu, orang ramai yang terkesan dengan PKP 3.0 ini boleh membuat permohonan bantuan secara dalam talian di pautan https://forms.gle/JnGbKTZpHobVuzFD6 bermula hari ini (Khamis) sehingga 14 jun.

Artikel Berkaitan: