X

Kindly register in order to view this article
!

Kegembiraan sambut hari lahir berakhir dikompaun RM4,000 seorang

Lima lelaki dikompaun kerana berkumpul menyambut majlis hari lahir di sebuah premis di Jalan Stulang Laut di sini, malam Jumaat. Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

JOHOR BAHRU - Lima lelaki dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan berkumpul menyambut majlis hari lahir di sebuah premis di Jalan Stulang Laut di sini, malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain menjelaskan, menerusi serbuan pada 11.59 malam itu, selain kompaun, polis turut menahan empat wanita warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

“Kesemua mereka yang dikompaun dan ditahan itu berumur antara 30 hingga 46 tahun.

“Hasil serbuan, kita juga merampas dua pembesar suara, dua unit lampu bercahaya berwarna-warni, sebuah pemacu pena jenama Kingston, serangkai kunci berserta sekeping cip akses," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, pengeluaran kompaun itu mengikut Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana telah berkumpul dan menjalankan aktiviti yang tidak dapat mengamalkan perjarakan fizikal manakala bagi tangkapan warga asing pula, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!