Parlimen boleh dibuka selepas capai komuniti berkelompok

Hamzah ketika membuat pemantauan bersama pelbagai agensi di bawah KDN di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hamzah ketika membuat pemantauan bersama pelbagai agensi di bawah KDN di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berpandangan bahawa Parlimen boleh dibuka setelah sasaran kerajaan bagi mencapai komuniti berkelompok tercapai.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat sesetengah kumpulan iaitu ahli politik dan pihak tertentu mengatakan bahawa Parlimen mesti dibuka segera.

"Ada setengah kumpulan iaitu ahli politik yang mengatakan Parlimen mesti dibuka. Kalau Parlimen dibuka, katalah dalam tempoh sebulan Isnin hingga Khamis, berapa orang akan berada di Parlimen nanti.

"Bukan saja ahli Parlimen, malah pegawai kerajaan, kakitangan Parlimen, (pekerja) kafeteria, pemandu dan lain-lain (juga akan ada di Parlimen). Jumlahnya nanti melebihi 1,000 orang. Ia akan menyebabkan Parlimen menjadi 'hotspot' (penyebaran Covid-19).

"Kalau ini kita dapat kawal, tidak adalah kluster (Parlimen) itu," katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Midvalley Megamall di Bangsar di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Larut itu mengambil contoh penganjuran Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu diadakan secara maya membuktikan bahawa parti itu sendiri tidak mempunyai keberanian untuk membuat sebarang perjumpaan bersemuka seperti mahu dilakukan di Parlimen.

"Saya tengok dalam surat khabar, PKR dengan bangga hendak buat kongres secara maya. Jadi maknanya apa?

"Dia (PKR) pun tidak berani hendak mengadakan perjumpaan seperti gesaan membuka Parlimen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, sidang Parlimen secara secara maya tidak dinafikan boleh diadakan, bagaimanapun untuk merealisasikan perkara tersebut perlu satu kajian lanjut.

"Kalau kita hendak buka sidang Parlimen secara maya, banyak pula masalah lain.

"Kalau boleh (Parlimen secara maya diadakan), apa salahnya tetapi ia mesti ada satu kajian yang betul. Jangan ikut perasaan," katanya.