Covid-19 di Filipina rekod lebih 1.25 juta kes

No Image Caption
A
A
A

MANILA - Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina pada Jumaat melaporkan negara ini mencatatkan 7,450 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,255,337.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 21,537 orang selepas 181 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia, lapor Xinhua.

Filipina, yang mempunyai lebih 110 juta penduduk telah menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada lebih 12 juta penduduk sejak Januari 2020.

Kerajaan telah mengurangkan tempoh kuarantin kepada tujuh hari berbanding 14 hari sebelum ini untuk semua pelancong yang sudah lengkap mendapat suntikan vaksin, kata jurucakap presiden Harry Roque pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: