Polis tunggu laporan teknikal kes ibu Neelofa

Noor Kartini sebelum ini membuat laporan polis berhubung satu paparan di akaun Instagram miliknya yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.
Noor Kartini sebelum ini membuat laporan polis berhubung satu paparan di akaun Instagram miliknya yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang menunggu laporan teknikal membabitkan kes ibu selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sebelum ini telah selesai merakam keterangan tujuh saksi termasuk Noor Kartini berhubung kes tersebut.

Beliau berkata, laporan itu dijangka akan selesai tidak lama lagi memandangkan ia melibatkan perkara-perkara teknikal dan perlu dilihat secara terperinci.

"Semua keterangan saksi telah selesai diambil dan kami tengah tunggu laporan teknikal sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Jumaat.

Polis Selangor pada Selasa memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan Noor Kartini berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 10 pagi.

No Image Caption

Pada Isnin, media melaporkan kes itu sebelum ini disiasat polis Kuala Lumpur, namun kemudian diserah kepada polis Selangor selepas mendapati insiden berkenaan berlaku di negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat status Instagram Noor Kartini

Artikel Berkaitan:

Polis Selangor akan rakam keterangan ibu Neelofa

Pekerja ibu Neelofa mohon maaf

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.

Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti berkenaan dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram itu.