Rokok seludup: Pembekal didenda RM48,000

Tertuduh, Sidek Awang, 48, di denda RM48,000 atau penjara 4 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda selepas mengaku salah memiliki rokok seludup bernilai RM4,732.00.
Tertuduh, Sidek Awang, 48, di denda RM48,000 atau penjara 4 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda selepas mengaku salah memiliki rokok seludup bernilai RM4,732.00.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keputusan berani seorang lelaki memilih menjadi pembekal rokok seludup sebagai sumber pendapatannya mengundang padah apabila dijatuhi hukuman denda RM48,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh, Sidek Awang, 48, dari Kampung Losong Atap Zink, di sini, turut berdepan penjara 4 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas Sidek mengaku salah memiliki barang larangan Kastam berkenaan bernilai RM4,732.00 di satu meja lipat di Pasar Borong Gong Pauh, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, pada 2 November tahun lalu.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau boleh di penjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Terengganu di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Sidek tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: