Tiada laporan kelibat harimau kumbang di Semenyih: Perhilitan

Tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung seekor harimau kumbang yang dilihat berlegar di sebuah kawasan didakwa Semenyih.Gambar hiasan. - Foto 123RF
Tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung seekor harimau kumbang yang dilihat berlegar di sebuah kawasan didakwa Semenyih.Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung seekor harimau kumbang yang dilihat berlegar di sebuah kawasan didakwa Semenyih, yang videonya tular, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhassan berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat mengesahkan kesahihan video berkenaan kerana terdapat pihak mendakwa lokasi video itu adalah di Negeri Sembilan atau Melaka.

"Bagaimanapun, pada masa sama pihak Perhilitan Selangor akan memantau kawasan yang dikatakan dilihat harimau kumbang berkenaan berkeliaran," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi memberitahu, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil membuat laporan mengenai video berkenaan.

Pada Khamis, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kelibat seekor harimau kumbang berlegar di sebuah kawasan didakwa di Beranang, Semenyih. - Bernama

Artikel Berkaitan: