1,000 SJR di Selangor, KL akan dijalankan setiap hari

Hamzah (kanan) bersama pelbagai agensi di bawah KDN membuat pemantauan di Midvalley Megamall di Bangsar, pada Jumaat.
Hamzah (kanan) bersama pelbagai agensi di bawah KDN membuat pemantauan di Midvalley Megamall di Bangsar, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertingkat pemantauan dan menambah bilangan sekatan jalan raya (SJR) khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur, bermula pada Jumaat.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah SJR yang diadakan mungkin melebihi 1,000 sehari berbanding 930 SJR dan Ops Benteng pada Khamis susulan bilangan kenderaan di sesetengah lokasi masih tidak menunjukkan pengurangan.

"Kita sudah membawa perkara ini dalam perbincangan dan memutuskan SJR serta pemantauan di seluruh negara dipertingkatkan mulai Jumaat. Semalam sahaja sebanyak 930 SJR dan Ops Benteng dijalankan di seluruh negara.

"Kita akan tingkatkan lagi di lokasi yang masih banyak jumlah kereta berdasarkan statistik diperoleh dua hari pertama Sekatan Pergerakan Penuh berlangsung. Ia mungkin melebihi jumlah 1,000 sekatan pada setiap hari," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pemantauan bersama pelbagai agensi di bawah KDN di Midvalley Megamall di Bangsar di sini pada Jumaat.

Hamzah berkata, keputusan itu dilakukan hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara selain beliau sendiri masih belum berpuas hati berhubung perkara tersebut selepas pemantauan dilakukannya pada Khamis, walaupun 'total lockdown' sudah bermula sejak Selasa lalu.

Ketika ditanya masyarakat awam akan 'sedih' dengan keputusan itu, beliau sebaliknya mempersoalkan kenapa mereka perlu berasa sedih kerana rakyat yang perlu mendapatkan keperluan penting sudah tentu akan dilepaskan kecuali sebaliknya.

Artikel Berkaitan: