'Geng Auto Macai' masuk jerat

Samsor (kiri) menunjukkan antara barang serta kenderaan yang dirampas.
Samsor (kiri) menunjukkan antara barang serta kenderaan yang dirampas.
A
A
A

GOMBAK - Taktik Geng Auto Macai mengguna van curi untuk dijadikan kenderaan bagi melakukan kegiatan samun premis kedai dan bengkel terbongkar apabila kegiatan kumpulan itu berjaya dilumpuhkan polis.

Serbuan dilakukan di sekitar Kepong, Setapak dan Cheras, Kuala Lumpur serta Sri Kembangan, Selangor bermula 5 Februari sehingga 8 Februari lalu.

Seramai lapan lelaki tempatan berusia lingkungan 32 hingga 46 tahun termasuk seorang dalang berjaya diberkas.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pelbagai barang yang dipercayai diguna untuk melakukan samun dan pecah premis seperti parang, penukul dan alat pemotong telah dirampas.

"Tujuh buah van serta dua buah pacuan empat roda jenis Mitsubhisi Triton serta Ford Ranger telah disita.

"Kita percaya kumpulan ini mensasarkan premis-premis perkakasan, kawasan industri, dan bengkel sebagai sasaran untuk melakukan jenayah," katanya pada sidang media di IPD Gombak, hari ini.

Antara barang yang dirampas
Antara barang yang dirampas

Samsor mendedahkan, suspek akan melarikan barang bernilai menaiki van yang dicuri. Setelah selesai, van terbabit bagaimanapun ditinggalkan di lokasi lain.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, siasatan mendapati geng yang aktif pada waktu malam dan awal pagi ini terlibat dalam 21 kes di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Lapan kes sahaja di Gombak dan selebihnya di Serdang (3 kes), Petaling Jaya (2 kes), Kuala Selangor (2 kes), Sungai Buloh (1 kes), Subang Jaya (1 kes), Wangsa Maju (2 kes), Dang Wangi (1 kes) dan Sentul (1 kes)," katanya.

Selain itu, semakan turut mendapati enam daripada suspek ini memiliki rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

"Suspek kini masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.