Permintaan lemah, harga timah susut kepada AS$31,650

PTKL ditutup AS$350 lebih rendah pada AS$31,650 satu tan hari ini daripada AS$32,000 semalam. - Gambar hiasan
PTKL ditutup AS$350 lebih rendah pada AS$31,650 satu tan hari ini daripada AS$32,000 semalam. - Gambar hiasan
A
A
A

PASARAN Timah Kuala Lumpur (PTKL) ditutup AS$350 lebih rendah pada AS$31,650 satu tan hari ini daripada AS$32,000 semalam kerana permintaan yang lemah untuk komoditi itu selain kegiatan pengambilan untung, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pada paras pembukaan, jumlah bidaan hanya tiga tan sementara penawaran sebanyak 353 tan.

"Para pedagang mengambil kesempatan di atas kemerosotan harga logam tempatan yang bergerak seiring dengan penurunan harga di Bursa Logam London (LME) untuk mengaut keuntungan,” kata beliau kepada Bernama sambil menambah harga komoditi di LME turut jatuh AS$750 kepada AS$30,200 satu tan.

Pada penutupan urus niaga, jumlah dagangan di PTKL meningkat satu tan kepada 13 tan sementara bidaan dan penawaran, kedua-duanya berjumlah 13 tan.

Peniaga dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Eropah serta satu penjual tempatan terus memberi sokongan kepada pasaran timah tempatan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mengembang kepada AS$1,450 satu tan berbanding AS$1,050 satu tan pada Khamis.

Pasaran PTKL akan ditutup pada Isnin, 7 Jun sempenaHari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Artikel Berkaitan: