Juruteknik kilang mengaku tidak bersalah rogol anak kandung

Tertuduh dibawa anggota polis ke Mahkamah Butterworth, pada Jumaat.
Tertuduh dibawa anggota polis ke Mahkamah Butterworth, pada Jumaat.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang juruteknik kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini atas 13 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya sejak 12 tahun lalu.

Tertuduh berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhayati Mohamad Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terhadap anak perempuannya yang kini berusia 18 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Delima, Bukit Mertajam bermula tahun 2009 hingga 2020.

Tertuduh didakwa atas 12 pertuduhan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 25 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhamad Syeqal memohon mahkamah supaya tidak membenarkan sebarang ikat jamin ditawarkan terhadap berikutan tertuduh tinggal serumah dengan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Hakim berikutan itu tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes.