'Tidak setuju elaun dipotong, mahu guna bantu penduduk'

Hantaran Facebook yang dimuat naik Lip Eng.
Hantaran Facebook yang dimuat naik Lip Eng.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tidak bersetuju elaunnya sebagai ahli Parlimen dipotong, sebaliknya beliau ingin menggunakan dana tersebut untuk membantu orang ramai.

Lip Eng berkata, pihaknya ingin menguruskan sendiri elaun tersebut supaya dapat disalurkan kembali kepada penduduk di Kepong setelah ramai yang hilang punca pendapatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Kawasan Kepong adalah di bawah tanggungjawab saya, jadi saya mahu hulurkan sendiri bantuan supaya saya tahu ke mana bantuan itu pergi.

“Saya tidak mahu elaun saya dipotong dan diambil oleh kerajaan, sebaliknya saya ingin menguruskan sendiri dan menyalurkan dana tersebut kepada penduduk Kepong yang memerlukan,” katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Pada masa sama, beliau turut berpesan kepada penduduk Kepong yang kehilangan punca pendapatan semasa PKP ini untuk menghubungi pihaknya.

“Ramai yang hilang punca pendapatan sepanjang PKP, ada yang hanya mengharap ihsan daripada jiran-jiran dan saudara-mara untuk bertahan.

“Kita tidak pasti bila PKP akan tamat, jadi kepada penduduk Kepong yang hilang punca pendapatan boleh hubungi saya dan kami akan cuba yang terbaik untuk memberi bantuan makanan dan dana kewangan,” katanya.

Artikel Berkaitan: