Wanita PKR sasar tandingi 9 kerusi Parlimen

Wanita PKR mengenal pasti sembilan kerusi Parlimen untuk ditandingi pada PRU15 akan datang dalam usaha merealisasikan sasaran 20 ahli Parlimen daripada sayap itu selepas PRU berkenaan.
Wanita PKR mengenal pasti sembilan kerusi Parlimen untuk ditandingi pada PRU15 akan datang dalam usaha merealisasikan sasaran 20 ahli Parlimen daripada sayap itu selepas PRU berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita PKR telah mengenal pasti sembilan kerusi Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang dalam usaha merealisasikan sasaran 20 ahli Parlimen daripada sayap itu selepas PRU berkenaan.

Ketuanya, Fuziah Saleh berkata, pada masa ini sayap itu diwakili oleh 11 ahli Parlimen.

“Hasrat kita pada pilihan raya umum akan datang ialah memastikan bahawa 11 kerusi ini dikekalkan sebagai kerusi Wanita,” katanya dalam ucapan dasar Kongres Wanita Nasional 2020 bersempena Kongres Nasional PKR 2020 hari ini.

Kongres bertemakan Wanita Beraspirasi Untuk Memberi Inspirasi dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang julung-julung kalinya diadakan secara maya berikutan sekatan pergerakan penuh seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Ujar Fuziah, bagi memastikan usaha tersebut tercapai, Jawatankuasa Pilihan Raya Wanita Pusat (JPRWP) telah mengambil beberapa langkah termasuk mengenal pasti calon berpotensi.

Fuziah Saleh
Fuziah Saleh

“Telah lama angka lantai 30 peratus kedudukan wanita di posisi membuat keputusan ini dilaung-laungkan, malah telahpun termaktub dalam perlembagaan parti. Kita tidak mahu ia tinggal menjadi catatan dan retorik semata-mata, tetapi kita akan memastikan pelaksanaannya ditepati,” katanya.

Dalam pada itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, setakat April lepas, keahlian PKR berjumlah 1,034,093 orang. Daripada jumlah itu, 408,038 orang adalah ahli Wanita, manakala jumlah ahli Angkatan Muda Keadilan pula 229,006 orang.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah memberitahu, bertepatan dengan tema kongres Wanita kali ini, ahli hendaklah istiqamah dan konsisten dalam perjuangan parti dengan sikap sederhana serta mencari titik persefahaman dan bukan eksklusif.

“Insya-ALLAH, pada pilihan raya umum akan datang lebih ramai lagi calon wanita akan ketengahkan dan langkah ini bukanlah untuk mencabar kaum lelaki,” katanya.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PKR bakal ketengah lebih ramai calon wanita pada PRU15