RM15.41 juta tuntutan kemalangan ketika bekerja dari rumah

Kemalangan yang berlaku di rumah ketika pekerja BDR dianggap sebagai bencana pekerjaan setelah ia disahkan oleh pihak majikan.
Kemalangan yang berlaku di rumah ketika pekerja BDR dianggap sebagai bencana pekerjaan setelah ia disahkan oleh pihak majikan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sejumlah RM15.41 juta bayaran faedah telah dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan tuntutan daripada 1,504 pekerja yang mengalami kemalangan ketika bekerja dari rumah (BDR) sejak awal pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kemalangan yang berlaku di rumah ketika pekerja BDR dianggap sebagai bencana pekerjaan setelah ia disahkan oleh pihak majikan.

Menurutnya, ia adalah sebagaimana yang termaktub bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang sedia ada.

“Sehingga kini, sejak PKP dilaksanakan, seramai 1,504 pekerja yang telah membuat tuntutan kemalangan berlaku ketika bekerja dari rumah, mereka dianggap bekerja di bawah akta sedia ada.

“Jumlah faedah bayaran yang telah dibayar kepada mereka yang BDR dan mengalami kemalangan adalah sebanyak RM15.41 juta,” katanya pada sidang media secara maya di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohammed Azman menjelaskan, bagi kes tuntutan melibatakan pekerja BDR, penilaian akan dibuat terhadap laporan tuntutan yang dikemukakan sebelum disahkan sama ada ia adalah kemalangan berkaitan dengan pekerjaan atau sebaliknya.

Katanya, antara senario insiden kemalangan bekerja dari rumah adalah seperti jatuh kerusi, tersadung atau terseliuh.

“Memang agak sukar untuk kita kenal pasti kemalangan yang berlaku di rumah dalam waktu PKP ini.

Artikel Berkaitan:

"Namun majikan bertanggungjawab untuk mengesahkan dan kita akan meneliti setiap tuntutan untuk melihat kewajaran serta mengesahkan sama ada kemalangan ini berkaitan dengan pekerjaan atau tidak,” katanya.