INSKEN tawar konsultasi percuma bantu usahawan bertahan ketika PKP

Antara usahawan yang menyertai program e-BizClinic yang dianjurkan oleh INSKEN.
Antara usahawan yang menyertai program e-BizClinic yang dianjurkan oleh INSKEN.
A
A
A

CYBERJAYA - Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mengambil inisiatif membantu usahawan untuk kekal teguh bagi menghadapi krisis pandemik Covid-19 dengan menawarkan konsultasi percuma kepada golongan itu.

Dengan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial atau 'total lockdown' di seluruh negara sehingga 14 Jun 2021, prestasi ekonomi usahawan dijangka merosot ekoran semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeru, INSKEN telah mengambil langkah segera dengan terus memperkasa program sedia ada INSKEN e-BizClinic bagi terus membantu dan membimbing usahawan-usahawan yang terkesan ekoran pandemik ini agar perniagaan mereka dapat bertahan dan terus beroperasi walaupun dalam kadar minimum.

No Image Caption

INSKEN e-BizClinic merupakan inisiatif konsultasi percuma yang diberikan oleh BisKaunselor INSKEN kepada usahawan yang bertujuan membantu, memperbaiki serta menambah baik perniagaan mereka.

Keistimewaan inisiatif ini, usahawan akan dibimbing secara 'one-to-one' menerusi sesi atas talian (online) dengan menggunakan platform-platform bersesuaian yang boleh diakses oleh kedua-dua pihak seperti Google Meet, Zoom dan WhatsApp Video Call.

Menerusi inisiatif ini, usahawan-usahawan berpeluang untuk berbincang bersama BisKaunselor bagi merangka tindakan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam perniagaan.

Artikel Berkaitan:

Seramai 1,835 usahawan telah mendaftar serta menerima konsultasi percuma secara atas talian melalui sesi e-BizClinic sejak 2020.
Seramai 1,835 usahawan telah mendaftar serta menerima konsultasi percuma secara atas talian melalui sesi e-BizClinic sejak 2020.

Selain itu, BisKaunselor juga akan memberikan panduan dan cadangan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi selain memberikan pendedahan dan informasi mengenai bantuan-bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu usahawan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, usahawan perlu sentiasa merebut peluang serta inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan agensi khususnya dalam kategori pembangunan usahawan.

Muhd Firdaus Azharuddin
Muhd Firdaus Azharuddin

Tambahan pula, usahawan turut dinasihatkan untuk berusaha ke arah penyenaraian syarikat masing-masing dan mendapatkan konsultasi agar dapat dibimbing dalam mencapai objektif tersebut.

Beliau berkata, sesi konsultasi yang fleksibel ini dilaksanakan minimum selama 20 minit tiada penetapan had masa untuk usahawan berbincang mengenai masalah yang dihadapi.

"Usahawan digalakkan untuk mendapatkan maklumat serta bersoal jawab sebanyak yang mungkin agar matlamat mereka tercapai khususnya dalam memperbaiki dan memperkukuhkan perniagaan," kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhd Firdaus berkata, bermula pada tahun 2020, seramai 1,835 usahawan telah mendaftar serta menerima konsultasi percuma secara atas talian (online) melalui sesi e-BizClinic.

"INSKEN menyasarkan lebih ramai lagi usahawan yang akan dibimbing serta dibantu melalui inisiatif ini dalam masa terdekat dan pada masa hadapan," katanya.

Maklumat lanjut mengenai Program e-BizClinic serta program latihan & bimbingan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad boleh diperolehi melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my