500 pelindung muka untuk barisan hadapan

Wakil syarikat swasta tampil menyerahkan pelindung muka kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), pada Khamis.
Wakil syarikat swasta tampil menyerahkan pelindung muka kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah syarikat swasta turut tampil bantu barisan hadapan negara dengan menyumbangkan 500 pelindung muka (face shield) kepada Hospital Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Pejabat Kesihatan Kota Setar, pada Khamis.

Pengurus Permata Makmur Jaya Enterprise (PMJ), Kapten (B) Mohd Faizul Che Hashim berkata, sumbangan itu adalah antara inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu bagi memastikan keselamatan petugas barisan hadapan sentiasa terjaga.

Menurutnya, langkah yang diambil itu juga bertujuan berusaha membantu kerajaan meratakan lengkung wabak Covid-19 yang sedang melanda negara hari ini.

"Kami adalah syarikat pengeluar dan pembekal face shield dan menjadi tanggungjawab kami untuk bersama kerajaan dan semua pihak sama-sama membantu barisan hadapan negara.

"Selain HSB yang menerima 300 face shield dan Pejabat Kesihatan Kota Setar pula 200 face shield, PMJ juga telah memberikan sumbangan ini kepada Hospital Alor Setar, Klinik Kesihatan Tunjang, Napoh dan Bukit Kayu Hitam sekitar Kedah," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Mohd Faizul berkata, dianggarkan 5,000 keping pelindung muka sehari diperlukan oleh klinik kesihatan dan hospital seluruh Malaysia disebabkan oleh kes yang semakin meningkat.

"Saya anggap ini sumbangan kecil kami untuk menghargai pengorbanan barisan hadapan negara. Covid-19 ni bahaya, bukan perkara main-main. Bantulah anggota kesihatan kita setakat yang kita mampu,” ujarnya.

Pihaknya juga telah menerima tempahan daripada pelbagai pihak di seluruh negara serta membuka tempahan kepada syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berminat untukturut sama-sama menyumbang pelindung muka kepada barisan hadapan negara.

Artikel Berkaitan: