Sanitasi awam bandar Kuantan sekali seminggu

Sanitasi awam yang dilakukan di sekitar bandar Kuantan yang bermula sejak dua hari lalu.
Sanitasi awam yang dilakukan di sekitar bandar Kuantan yang bermula sejak dua hari lalu.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh lokasi tumpuan orang ramai di daerah ini terlibat dalam program sanitasi awam oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang akan dilakukan sekali seminggu.

Kawasan terlibat ialah pondok parkir; pasar-pasar awam dan borong, premis di Jalan Putra Square, taman-taman awam, kawasan rekreasi dan tumpuan awam, gerai majlis dan pusat jaja di bandar Kuantan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, sanitasi diadakan bagi memastikan kebersihan, nyahkuman di kawasan sekitar, sekali gus dapat mencegah penularan wabak Covid-19.

"Sebanyak 250 premis di Jalan Putra Square dan 14 pondok letak kereta sudah disanitasi dan lebih 50 taman awam, kawasan rekreaksi, gerai serta pusat jaja turuf menjalani proses sama untuk memastikan penularan pandemik itu disekat.

"Inisiatif ini bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 lebih-lebih lagi Kuantan masih dalam pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan tamat pada 7 Jun ini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, proses santiasi mendapat kerjasama daripada beberapa agensi iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Alam Flora, Jabatan Penerangan dan sebagainya.

Sehubungan itu, Norkamawati turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Pematuhan itu membabitkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter dan mengimbas kod QR MySejahtera dan suhu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: