Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dengan data ekonomi Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa pemulihan mantap sedang berlaku di negara itu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.01 pagi Jumaat, mata wang tempatan menyusut kepada 4.1310/1350 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Khamis pada 4.1235/1250.

Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pemulihan ekonomi yang kukuh telah dapat dilihat kerana sebahagian besar penduduk telah divaksinasi di AS dan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan kian meningkat.

"Para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada data Kadar Pekerjaan AS dan Gaji Bukan Ladang AS yang dijadual dikeluarkan hari ini kerana data ini akan menjadi indikator yang akan memberikan hala tuju yang lebih jelas untuk dolar AS.

"Sekiranya kadar pengangguran AS turun lebih rendah daripada jangkaan, ia boleh menandakan peningkatan sementara untuk dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pada pembukaan, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat sedikit kepada 3.1102/1135 daripada penutupan semalam 3.1154/1167 dan naik berbanding yen kepada 3.7480/7516 daripada 3.7603/7620.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 5.0101/0149 daripada 5.0323/0342 dan lebih tinggi pound Britain kepada 5.8268/8324 daripada 5.8533/8559.- Bernama

Artikel Berkaitan: