AS bukan lagi negara Hoda Muthana

Hoda dijadikan simbol propaganda Daesh dan dijadikan umpan bagi merekrut wanita muda Islam Barat menyertai kumpulan itu di Syria.
Hoda dijadikan simbol propaganda Daesh dan dijadikan umpan bagi merekrut wanita muda Islam Barat menyertai kumpulan itu di Syria.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hoda Muthana yang meninggalkan Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai kumpulan militan Daesh di Syria beberapa tahun lalu dilarang kembali ke negaranya.

Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata, keputusan tersebut diambil selepas wanita berusia 24 tahun itu tidak mempunyai pasport AS atau sebarang dokumen sah untuk membolehkannya masuk semula ke negara berkenaan.

Muthana yang melahirkan bayi lelaki di Syria dan kini berusia 18 bulan, telah menyatakan kekesalannya kerana menyertai Daesh selain merayu agar dibenarkan pulang ke kampung halamannya di Alabama.

Pengumuman Pompeo dibuat selepas kerajaan Britain membatalkan taraf kewarganegaraan Shamima Begum, minggu ini.

Shamima, 19, dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah kem pelarian di Syria minggu lalu.

Beliau meninggalkan London untuk menyertai Daesh ketika berusia 15 tahun. - Press TV

Artikel Berkaitan: