Lima rumah setinggan terbakar

Kebakaran menarik perhatian orang awam.
Kebakaran menarik perhatian orang awam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima rumah setinggan berhampiran Sekolah Rendah Agama Segambut Dalam, Jalan Segambut, Kampung Segambut di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 7.36 pagi.

Anggota bomba mengawal kebakaran.
Anggota bomba mengawal kebakaran.

Menurutnya, seramai 16 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan Jinjang.

"Komander operasi memaklumkan sebaik sampai di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan lima rumah setinggan berkeluasan 1,800 kaki persegi dianggarkan 50 peratus terbakar.

"Api berjaya dikawal jam 7.55 pagi. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.

Setinggan sebelah sekolah terbakar, insiden tidak melibatkan mangsa.
Setinggan sebelah sekolah terbakar, insiden tidak melibatkan mangsa.

Artikel Berkaitan: