Masalah kesihatan: Adakah anda layak ambil vaksin Covid-19?

Pemberian vaksin diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara.
Pemberian vaksin diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Dalam situasi penularan Covid-19 yang membimbangkan sekarang ini, orang ramai disarankan mengambil vaksin bagi melindungi diri daripada wabak berkenaan.

Pengambilannya penting untuk mengurangkan risiko penyakit menular dengan membangunkan kembali sistem pertahanan tubuh, sekali gus mencipta imunisasi kelompok.

Namun, tidak semua individu boleh divaksin kerana masalah kesihatan dan faktor lain yang memudaratkan.

Bagaimanapun, masih terdapat indvidu dalam kelompok yang mengalami masalah kesihatan dibenarkan untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Berikut ialah senarai individu yang mempunyai masalah kesihatan tapi dibenarkan untuk mengambil suntikan vaksin.

Bagi menjamin rakyat mendapatkan perlindungan kesihatan, kerajaan telah memperuntukan sekitar RM3 bilion bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Jumlah tersebut merupakan langkah imunisasi sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat di negara ini yang kini mencecah populasi seramai 32.7 juta orang.

Menurut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin Covid-19.

Tiga daripada vaksin berkenaan telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk digunakan, menurut laporan berkenaan.

Jelas JKJAV, bekalan vaksin daripada kelima-lima pembekal itu akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula Februari 2021, tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh PBKD

Pemberian vaksin diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara.

Ia diedarkan secara berperingkat ke seluruh negara bergantung kepada bekalan daripada pengeluar.

Vaksin tersebut diberikan kepada penduduk berusia 18 tahun ke atas menerusi tiga fasa bermula Februari lepas.

Pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022, sekali gus mengurangkan penularan Covid-19.

Bagaimanapun, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah secara sukarela dan tiada paksaan.