Mesej tular bilik gerakan vaksin di Ipoh palsu

Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan mesej tular yang meminta warga emas agar menghubungi nombor telefon Bilik Gerakan Vaksin Covid-19 di Stadium Indera Mulia, di sini untuk mendapatkan suntikan.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan mesej tular yang meminta warga emas agar menghubungi nombor telefon Bilik Gerakan Vaksin Covid-19 di Stadium Indera Mulia, di sini untuk mendapatkan suntikan.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan mesej tular yang meminta warga emas agar menghubungi nombor telefon Bilik Gerakan Vaksin Covid-19 di Stadium Indera Mulia, di sini untuk mendapatkan suntikan.

Jabatan itu dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya memaklumkan, mesej tersebut yang ditujukan kepada penduduk Ipoh berusia 60 tahun ke atas untuk menggantikan individu gagal hadir janji temu suntikan vaksin, adalah palsu.

"Untuk mendapatkan maklumat berkaitan vaksin Covid-19, sila hubungi Hotline Covid-19 di talian 05-2410 252 atau 05-2410 107," menurut kenyataan itu.

Pada 26 Mei lepas, kira-kira 9,000 individu di Perak dilaporkan gagal hadir untuk janji temu vaksin dan sebahagian besar daripada mereka berusia 60 tahun ke atas.

Exco Kesihatan Perak Mohd Akmal Kamarudin pula dilaporkan berkata, sehingga Jumaat lepas, seramai 237,204 orang di negeri itu telah menerima suntikan vaksin Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: