Kluster Jalan Coastal Sembulan terbaharu dikesan di Sabah

Sabah hari ini merekodkan satu kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Jalan Coastal Sembulan, di sini melibatkan jangkitan di sebuah syarikat konsesi parkir. - Gambar hiasan
Sabah hari ini merekodkan satu kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Jalan Coastal Sembulan, di sini melibatkan jangkitan di sebuah syarikat konsesi parkir. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah hari ini merekodkan satu kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Jalan Coastal Sembulan, di sini melibatkan jangkitan di sebuah syarikat konsesi parkir, di sini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, kes indeks kluster itu adalah seorang lelaki berusia 38 tahun bekerja di syarikat tersebut disahkan positif 27 Mei lepas dan saringan kontak rapat mengesan enam lagi kes positif Covid-19.

"Enam kes dikesan di Kota Kinabalu dan satu kes di Papar. Berdasarkan siasatan awal penularan jangkitan Covid-19 berkemungkinan merebak di kawasan tempat kerja, dan pasukan kesihatan kini giat menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan punca jangkitan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah hari ini merekodkan 203 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri itu sebanyak 63,019 kes, manakala pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 201 orang menjadikan jumlah kumulatif 60,366 orang.

"Daripada 203 kes jangkitan baharu hari ini, 121 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 21 kes adalah daripada saringan kluster, 43 kes adalah daripada saringan bergejala, enam kes daripada saringan bersasar dan 12 kes adalah daripada lain-lain kes," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: