Saringan Covid-19 percuma untuk penghuni PPR, PA DBKL

Saringan Covid-19 percuma untuk penghuni PPR, PA DBKL.
Saringan Covid-19 percuma untuk penghuni PPR, PA DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan program saringan Covid-19 secara percuma untuk penghuni di Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah pentadbirannya bermula 5 Jun ini.

Menurut DBKL, program yang turut mendapat kerjasama dari Yayasan Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan itu adalah sebahagian daripada inisiatif mereka dalam usaha membantu kerajaan membendung penularan Covid-19.

“Program ini akan dilaksanakan secara sukarela untuk penghuni di PPR dan PA DBKL berumur dua tahun ke atas dalam usaha proaktif kami untuk membendung Covid-19.

“Kami akan gunakan kaedah calitan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) tetapi terhad kepada 300 individu sehari di setiap lokasi terlibat.

“Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dinasihatkan untuk turun awal pada tarikh berkenaan bagi mengelakkan kesesakan,” menurut kenyataan dikeluarkan DBKL pada Khamis.

Program tersebut bakal bermula di kawasan PA Seri Sabah 3A Cheras mulai 5 Jun hingga 12 Jun, PA Seri Sabah 3B Cheras (5 Jun hingga 14 Jun), PA Seri Pulau Pinang Cheras (5 Jun hingga 10 Jun) dan PA Seri Kota Bandar Tun Razak (5 Jun hingga 16 Jun).

“Kami harap orang ramai dapat hadir ke program ini dan membantu usaha kami dalam memerangi penularan wabak Covid-19.

“Program ini akan diteruskan lagi ke lain-lain PPR dan PA di bawah pentadbiran DBKL mengikut jadual,” katanya.

Artikel Berkaitan: