X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Reezal Merican mahu Harimau Malaya berikan aksi terbaik

Kesebelasan Harimau Malaya pada aksi berdepan Bahrain 29 Mei lalu.
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu kesebelasan Harimau Malaya untuk memberikan aksi terbaik ketika berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, awal pagi nanti.

Menurut Reezal Merican, kesemua pemain juga diharap dalam keadaan cergas khususnya dari segi mental bagi mengharungi perlawanan di Stadium Zabeel, Dubai itu.

Malah pihaknya yakin kesemua pemain telah pun melakukan persiapan terbaik menjelang aksi kelayakan berkenaan.

“Kepada Aidil Zafuan (Abdul Razak) sebagai kapten lead the team; kpenjaga gol Farizal Marlias pertahankan baik-baik; begitu juga semua pemain sandaran kita Safawi (Rasid), Matt Davies, (Mohamadou) Sumareh, (Guilherme) De Paula dan semuanya yang saya tak mampu sebut satu persatu, just do your best.

“Saya nak ingatkan Safawi, Sumareh, hangpa jangan nak buat drama lebih-lebih kat padang, sakit jantung, pening kepala Tan Cheng Hoe tu.

“Apa pun main baik-baik, you all tu memang pandai kenakan dia hari tu. happy birthday coach dan dimaklumkan hari ini juga hari lahir Brendan Gan, happy birthday Brendan dan doa serta sokongan seluruh rakyat Malaysia bersama anda malam ini,” katanya menerusi satu klip video petang tadi.

Untuk rekod, pada dua aksi persahabatan sebelum ini skuad negara tewas 1-4 kepada Kuwait di Stadium 7he Seven pada 24 Mei sebelum tewas dengan jaringan sama ketika berdepan Bahrain di Stadium Nasional Bahrain pada 29 Mei lalu.

Sementara itu Reezal Merican turut berharap semua penyokong Harimau Malaya untuk terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan awal pagi nanti.

“Hari ini adalah hari bagi kelayanan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023. Saya doakan semua (pemain) kekal cergas dan mentally fit untuk game malam ini.

“Saya pasti persiapan rapi telah pun dibuat sebab hari-hari saya tengok update di instagram FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan yang paling banyak saya tengok Presiden Hamidin (Datuk Hamidin Mohd Amin).

“Apa pun, saya gembira melihat semua pemain berlatih dalam keadaan yagn baik meskipun dalam keadaan yang terbatas akibat pandemik Covid-19 ini dan saya secara peribadi menghargai kesemua komitmen termasuk daripada pihak pengurusan dan semua yang berada di belakang (pasukan),” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!