Covid-19: Sembilan ADUN PN Perak potong separuh elaun

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Seramai sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perak bersetuju membuat pemotongan separuh elaun untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pemotongan elaun itu turut melibatkan lima Exco kerajaan negeri berkenaan bermula pada Jun sehingga Ogos ini.

"Merasai denyut nadi rakyat atas keperihatinan terhadap situasi semasa pandemik Covid-19 dan menyambut seruan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"ADUN dari kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang mendokong PN bersetuju membuat pemotongan elaun sebanyak 50 peratus bagi disatukan dalam Tabung Bencana Covid 19," Katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak, Exco sumbang gaji untuk Tabung Covid-19

Menurutnya, langkah itu membuktikan keperihatinan ADUN dalam kalangan pemimpin PN atas permasalahan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini.

Selain Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang, ADUN lain yang bersetuju adalah Razman Zakaria (Semanggol), Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik), Mohd Akmal Kamarudin (Selama), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).

Selain itu, ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahari, Khalil Yahaya (Kubu Gajah), Paul Yong Choo Kiong (Tronoh) dan A Sivasubramaniam dari Buntong.

Artikel Berkaitan: