Mangsa serangan seksual dinasihat tampil buat laporan: Polis Sabah

Hazani Ghazali
Hazani Ghazali
A
A
A

KOTA KINABALU - Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau pernah jadi mangsa serangan seksual yang didakwa berlaku baru-baru ini dinasihatkan tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, setakat ini pihak polis hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden gangguan seksual membabitkan peserta Unduk Ngadau.

"Setakat ini, kita baharu menerima satu laporan polis berkenaan gangguan seksual ke atas peserta Unduk Ngadau.

"Sekiranya ada lagi laporan, kita tetap akan siasat. Tidak kiralah siapa pun, undang-undang tetap akan dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Hazani berkata, setakat ini kes membabitkan seorang ahli politik yang ditahan masih dalam siasatan.

Katanya, hasil siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya termasuk pendakwaan.

Sebelum ini, seorang ahli politik sebuah parti tempatan yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadausudah telah ditahan polis.

Artikel Berkaitan:

Lelaki berusia 50-an itu ditahan di pejabatnya di Asia City, di sini kira-kira jam 1 tengah hari pada Khamis.