Tetak guna pedang samurai, buruh mengaku tidak bersalah

Mohamad Shafirul (tengah) dikawal polis menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis bagi berdepan tuduhan menetak seorang lelaki menggunakan sebilah pedang samurai.
Mohamad Shafirul (tengah) dikawal polis menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis bagi berdepan tuduhan menetak seorang lelaki menggunakan sebilah pedang samurai.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan menetak seorang lelaki dengan menggunakan pedang samurai bulan lalu.

Pertuduhan terhadap tertuduh, Mohamad Shafirul Mohd Radhuan, 23, dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Muhammad Badrul Amin Mohd Khalil Akashah, 21, dengan menggunakan sebilah pedang samurai di hadapan sebuah universiti di Tanggok, Bachok, di sini pada jam 10 pagi, 21 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Abu Arsalnaa tidak mencadangkan jaminan kerana bimbang tertuduh menganggu mangsa dan saksi pendakwaan namun tertuduh memohon kebenaran jamin atas alasan bakal berkahwin pada Ogos.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Julai depan.

Artikel Berkaitan: