16 bekas ahli UMNO dapat kebenaran merayu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Enam belas bekas anggota UMNO hari ini memperoleh kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kesahan parti politik itu.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga anggota Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah, dalam membenarkan pemohonan untuk kebenaran merayu mereka.

Mengikut undang-undang, litigan yang berhasrat merayu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes sivil, perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Hakim Wong membenarkan permohonan bagi kebenaran merayu berdasarkan dua persoalan undang-undang.

Persoalan itu adalah: Sama ada seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyisihkan bidang kuasa mana-mana mahkamah untuk melayani sebarang kes saman, permohonan, persoalan atau prosiding dalam sebarang perkara berkaitan hal ehwal parti, adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: