Pengurusan Covid-19 di Malaysia amat lemah: Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan Covid-19 pada ketika ini adalah amat lemah.

Beliau berkata, kempen vaksinasi juga menimbulkan banyak masalah kepada rakyat malah ia tidak menunjukkan ada kecekapan dalam usaha menyuntik vaksin kepada golongan sasaran.

"Kita dapati kempen untuk vaksin pun ada yang macam macam berlaku, ada yang daftar di satu tempat disuruh pergi ke satu tempat lain, ada yang terpaksa dua kali mendaftar.

"Ada yang tak datang tetapi tiada usaha datang ke tempat mereka. Macam macam masalah ada. Jadi tidak menunjukkan ada kecekapan dalam usaha untuk menyuntik vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dalam talian menerusi platform Zoom bersama kepimpinan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang disiarkan secara langsung di Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Dr Mahathir yang merupakan pengasas Pejuang berkata, negara juga amat malu dengan keadaan yang berlaku ketika ini apabila kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan.

"Ini kerana di United Kingdom dengan penduduk sebanyak 55 juta mereka sudah dapat kurangkan kes baharu kepada 3,000 tetapi di Malaysia dengan penduduk yang kurang iaitu 32 juta kita punya angka hari ini 8,200.

"Ini menunjukkan bahawa segala tindakan termasuk 'lockdown' dan sebagainya tidak berkesan. Jadi ini menyebabkan rakyat berasa tidak senang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Malah tambahnya, rakyat juga telah menyuarakan pendapat mereka tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan dan sesiapa sahaja yang berkuasa dalam negara.