'Serangan DAP, Amanah untuk tutup kelemahan sendiri'

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menyifatkan serangan bertali arus yang dilakukan pemimpin utama DAP dan Amanah sejak kebelakangan ini adalah untuk menutup kelemahan dua parti tersebut dalam kerajaan di bawah pentadbiran PH.

Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan, serangan daripada DAP dan Amanah itu seolah-olah menunjukkan mereka paranoid meskipun mengetahui bahawa Pas tidak bertanding dalam PRK DUN Semenyih.

"Rakyat melihat kerjasama parti dalam kalangan PH sudah renggang. Diperhatikan hanya Bersatu menunjukkan komitmen pada PRK DUN Semenyih sementara, parti-parti lain seperti tidak ambil peduli.

"Kekalahan PH pada PRK Cameron Highlands tempoh hari merupakan bibit perpecahan dalam PH," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Tambah Nasrudin, ketidakserasian dalam parti komponen PH semakin jelas apabila Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau secara lantang mengkritik dan mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, baru-baru ini.

Bekas ADUN Skudai itu bertindak sedemikian susulan kegagalan Dr Mahathir yang dikatakan gagal menunaikan manifesto PH.

ARTIKEL BERKAITAN:Pentadbiran negara dikuasai DAP hanya naratif Pas

Artikel Berkaitan: