Rohaimi dilantik Ketua Polis Terengganu baharu

Roslee (kiri) menyerahkan tugas kepada Rohaimi (kanan) yang dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu disaksikan Razarudin, pada Khamis.
Roslee (kiri) menyerahkan tugas kepada Rohaimi (kanan) yang dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu disaksikan Razarudin, pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu bagi menggantikan Datuk Roslee Chik yang dinaikkan pangkat.

Roslee dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis dan menjawat jawatan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Pembangunan dan Penyelidikan) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Serah terima tugas Ketua Polis Terengganu baharu antara Rohaimi dan Roslee disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husin @ Abd Rasid di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini pada Khamis.

Turut diadakan adalah serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Terengganu antara Datin Zainun Embong dengan Datin Azizah Malisa Ramli sebagai Pengerusi Perkep Terengganu baharu.

Penyerahan tugas itu disaksikan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datin Zainah Othman.

“Syabas dan tahniah kepada Datuk Roslee Chik atas kenaikan pangkat ke Bukit Aman,” kata Rohaimi dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.

Artikel Berkaitan: