X

Kindly register in order to view this article
!

Jenazah empat mangsa lemas selamat dikebumikan

Jenazah empat mangsa lemas selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Contoh, Putatan.
A
A

PUTATAN - Jenazah empat mangsa lemas di Pantai Gorongon berhampiran Kampung Contoh, pada Selasa lalu, selamat dikebumikan kira-kira jam 3 petang Khamis.

Jenazah tiga beradik Rafidah Amit, 14; Norain, 13, dan Korais, 8, bersama sepupu mereka Galang Nain, 17, dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Contoh, Putatan.

Sebelum itu, semua jenazah dimandikan serta disembahyangkan di Masjid As-Salam Kampung Contoh sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut.

Difahamkan, jenazah Rafidah dan Norain dikebumikan dalam satu liang lahad manakala jenazah Korais dan Galang dikebumikan dalam satu liang lahad lain.

Upacara pengebumian hanya dihadiri ahli keluarga terdekat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh.

Semua jenazah dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) Kota Kinabalu.

Sementara itu, ibu Norain, Awalah Antulah, 51, menyatakan berat untuk menerima kejadian yang menimpa anak ketiganya itu.

"Sehingga kini masih berat untuk saya menerimanya kerana dia seorang anak yang baik.

"Dia selalu keluar untuk menjual buah-buahan sekitar Putatan dan apabila pulang dari menjual, dia akan belikan saya serta adik beradiknya makanan," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan selepas selesai pengebumian.

Menurut Awalah, Rafidah dan Korais adalah anak kepada isteri pertama suaminya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!