Inkues Adib: Paru-paru cedera teruk akibat objek tumpul

Dr. Nanta Kumeran antara saksi Inkues Kematian Muhammad Adib hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam. Foto: Sinar Harian/Rosli Talib
Dr. Nanta Kumeran antara saksi Inkues Kematian Muhammad Adib hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam. Foto: Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Kecederaan serius pada paru-paru anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan objek tumpul.

Doktor wad kecemasan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr M Nanta Kumeran berkata, mangsa mengalami tusukan pada paru-paru.

"Berdasarkan hasil X-Ray, dia mengalami masalah pernafasan akibat lebam pada paru-paru dan patah tulang rusuk ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5," katanya.

Menurutnya, paru- paru normal biasanya berwarna hitam pada X-Ray tetapi terdapat tompokan putih pada keseluruhan paru-paru mangsa dalam kes ini.

"Ia bermaksud terdapat 'abrasion' di bahagian itu dan kecederaan boleh disebabkan oleh objek yang tumpul," katanya.

Saksi ke-12 itu berkata, dia segera menbuat pemeriksaan terhadap mangsa sebaik sahaja menerima kes tersebut.

"Ketika tiba, dia tidak sedarkan diri dan berbunyi ketika bernafas," katanya.

Menurutnya, nadi mangsa berdenyut pada kadar 145 persaat (bsp) dan tahap oksigen dalam badan 48 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Tahap oksigen yang normal adalah sekitar 95 peratus manakala tekanan darah mangsa 85/46," katanya.

Menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali Inkues, Zhafran Rahim Hamzah, Nanta berkata, beliau tidak dapat berkomunikasi dengan mangsa berikutan tahap kesedaran Muhammad Adib adalah rendah.