City lepaskan Bernardo Silva

Silva
Silva
A
A
A

JUARA Liga Perdana Inggeris musim 2020/21, Manchester City diberitakan bakal menjual Bernardo Silova bagi mengharungi saingan musim baharu tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan media kelab berkenaan yang mengatakan pihak penguruan The Citizens mahu membawa masuk pemain penyerang yang mampu menjaringkan gol.

Difahamkan, Silva, 26 sekadar menjaringkan lima gol selain membantu (assists) kepada sembilan jaringan musim ini dilihat sebagai satu pencapaian yang kurang memberangsangkan.

“Pihak kelab membuat keputusan untuk melepaskan Bernardo Silva musim panas nanti dalam usaha membawa masuk pemain penyerang.

“Pemain penyerang itu pula adalah penyerang yang mampu menjaringkan gol kerana kelab memerlukan penjaring gol ‘tulen’ untuk memastikan kejayaan,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan berkenaan, bagi musim 2020/21 menyaksikan City menjaringkan 83 gol dan bolos 32 gol daripada 38 perlawanan dan rekod berkenaan perlu diperbaiki pada musim hadapan.

Untuk rekod, pemain tengah itu dilihat sebagai antara pemain utama yang sering diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengendali City, Pep Guardiola.

Ini berikutan kebolehannya beraksi di beberapa posisi seperti tengah, tengah menyerang dan juga sayap.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu kenyataan berkenaan mendedahkan The Citizens berminat membawa masuk penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland.

Bagaimanapun setakat ini usaha membawa penyerang berkenaan masih belum mencapai sebarang keputusan muktamad.