Warga ATM bakal terima vaksinasi pandu lalu: Ismail Sabri

Ismail Sabri (kiri) ketika melihat simulasi perkhidmatan proses vaksinasi secara pandu lalu yang bakal disediakan oleh ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri (kiri) ketika melihat simulasi perkhidmatan proses vaksinasi secara pandu lalu yang bakal disediakan oleh ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kem Perdana Sungai Besi di sini dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu untuk warga tentera dan keluarga mereka menerusi projek rintis yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Selepas selesai pemberian vaksin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka, maka barulah akan dibuka kepada orang awam. Tempat pemberian vaksin itu pula akan diumumkan kemudian.

“Konsep ini akan lebih mudah, selamat dan akan mencepatkan lagi proses pemberian vaksin dan akan dapat mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri pelancaran pembinaan Hospital Modular Covid-19 ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini pada Khamis.

Mengenai Hospital Modular Covid-19 ATM, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, hospital itu yang akan dibina berkonsepkan 'pre-fabricated modules' dijadualkan siap dalam tempoh tiga bulan, memuatkan 64 katil termasuk 16 untuk unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, mengulas isu 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional baru-baru ini, Ismail Sabri berkata, berkata isu itu telah diselesaikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad pada Selasa dilaporkan berkata, penerbangan 16 pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada 11.53 pagi.

Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, pesawat itu dikenal pasti adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Malaysia kemuka nota bantahan 16 pesawat China ceroboh ruang udara