Lima lelaki didakwa culik ahli perniagaan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan dan meminta wang tebusan, Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Tio Siang Foo, 54; Ma Kai Chun, 40; Chiam Eng Long, 38; Lai Wai Leong, 52 dan Hew Foo Soo, 59, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan, Majistret Rasidah Baharom.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama pada 27 Januari 2019 di Jalan Belibis, Taman Perling menculik seorang lelaki berusia 57 tahun dan meminta wang tebusan sebanyak RM1.8juta.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik dan 1961 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang ikat jamin yang dibenarkan mahkamah selain menetapkan 17 April ini sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ahmad Yusri Ahmad Fuad.

Pada 7 Februari lalu, media melaporkan melaporkan penahanan 16 individu termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan sebelum 11 suspek dibebaskan manakala lima daripada mereka dihadapkan ke mahkamah.

Mangsa yang diculik ketika sedang berjoging bersama rakannya Januari lalu dikurung di sebuah rumah kosong di daerah ini selama lima hari sebelum dibebaskan selepas keluarganya membuat bayaran wang tebusan.

Artikel Berkaitan:

Suspek juga dipercayai meminta wang tebusan daripada keluarga suspek sebanyak RM300,000 dan SG$500,000 yang bernilai keseluruhan RM1.8 juta.