Lebih 10,000 pesakit Covid-19 di NS berusia 18-60 tahun

65 peratus daripada keseluruhan 16,676 pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 60 tahun. - Foto Bernama
65 peratus daripada keseluruhan 16,676 pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 60 tahun. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 10,834 atau 65 peratus daripada keseluruhan 16,676 pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 60 tahun setakat 27 Mei lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr Harlina Abdul Rashid.

Beliau berkata, ia berikutan golongan itu adalah kumpulan umur yang aktif dan lebih terdedah kepada risiko jangkitan kerana lebih kerap berada di luar rumah termasuk di tempat belajar, bekerja atau melakukan aktiviti sosial.

“Hampir 4,000 individu daripada keseluruhan jumlah berkenaan merupakan kumpulan berisiko berumur 61 tahun ke atas yang dilaporkan setakat ini, dengan Seremban merekodkan jumlah tertinggi.

“Sebanyak 8,158 kes pula ada kaitan dengan kluster di negeri ini selain pesakit paling muda dijangkiti wabak Covid-19 pula berumur kurang daripada sebulan dan paling tua warga emas berusia 90 tahun,” katanya kepada Bernama di sini.

Pada Rabu, Negeri Sembilan merekodkan 586 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 27,288 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: